Jangan risau, yang menilai itu Allah, bukan manusia.
Mencari cinta sempurna; cinta Allah.
Saat sedih dan kesusahan, mencari Allah. Saat senang dan gembira, melupakan Allah. Padahal, yang memberikan kesenangan itu juga Allah.
Sebelum berterima kasih kepada orang, berterima kasih dulu kepada Allah kerana kebaikan itu diberikan oleh Allah kepada kita melalui orang tersebut.
Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.? Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah.
Aku mesti mencari cinta Allah sebelum aku mencari cintamu.